Monday, July 13, 2015

Lelaki Ditangkap Berpakaian Seperti Teman Wanitanya.



Ini adalah gambar Ayan Zhademov yang berusia 20-an berpakaian seperti teman wanitanya dalam usaha untuk mengambil ujian kemasukan ke universiti yang diingini di Zhetisai, Kazakhstan. Namun begitu, segala usahanya untuk membantu teman wanita tersayang tidak berjaya dan teman wanitanya perlu menunggu sehingga tahun hadapan untuk mengambil ujian untuk dirinya.



"Dalam penyamarannya, dia cuba untuk bercakap dengan menggunakan suara yang tinggi, tetapi suaranya jelas adalah seorang lelaki", kata jurucakap untuk lembaga peperiksaan itu kepada media. "Kami mengesyaki kemungkinan calon wanita yang lain yang menggantikan tempat teman wanitanya, tetapi kami tidak pernah mengesyaki bahawa calon wanita itu adalah seorang lelaki yang menggantikan tempatnya sehingga dia mula bercakap".

Ayan didenda hampir $2,000 bagi tipu muslihat, tetapi apabila cerita ini mula tersebar dan viral, beliau menjadi ikon percintaan dalam kalangan belia di negara ini dan beliau menjadi begitu popular. Walaupun Ayan kelihatan bodoh pada mata masyarakat, pelajar perempuan yang lain mendapati tindakan Ayan sangat romantik dan ada yang ingin untuk memiliki teman lelaki sepertinya.

Adakah dengan berpakaian skirt kelabu, berbaju putih dan memakai rambut palsu hitam cukup untuk membuatkan seseorang itu romantik? Mungkin sesetengah orang akan mengatakan YA tetapi beliau hanya memusnahkan masa depan teman wanitanya sendiri kerana teman wanitanya itu terpaksa mengambil ujian yang sama pada tahun hadapan. Lebih baik jika sifat romantik itu

0 comments:

Post a Comment