Tuesday, July 14, 2015

Kemunculan Terbaru Big Bang Dinanti Peminat!


Kemunculan Big Bang (Comeback) pada kali ini amat dinanti-nantikan peminat bukan sahaja di Korea tetapi juga peminat di serata dunia. Ini adalah kerana Big Bang sudah 3 tahun tidak mengeluarkan album dan kemunculan kali ini benar-benar membuatkan peminat tidak sabar untuk mendapatkan album terbaru mereka.

5 orang anak muda yang diketuai oleh G-Dragon (GD) membuatkan semua peminat tertanya-tanya apakah yang bakal mereka tonjolkan dalam album kali ini. Album ini dibahagikan kepada beberapa album single yang akan dikeluarkan pada hari pertama setiap bulan bermula dari Mei hingga September yang terdiri daripada 'M', 'A', 'D', 'E' dan MADE.

Antara lagu yang dipamerkan dalam single dan album kali ini adalah Sober, Loser, Bang Bang Bang, Bae Bae, We Like 2 Party dan If You. Mereka menunjukkan kelainan dalam setiap lagu yang mereka nyanyikan berbanding dengan album mereka sebelum ini. Lebih menarik, music video mereka yang telah dimuat naik di dalam Youtube mendapat puluhan juta penonton! Ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Big Bang yang merupakan kumpulan K-Pop gergasi di Korea.

Bukan itu sahaja, Big Bang turut mengadakan World Tour bersempena dengan album terbaru mereka yang mana Korea merupakan destinasi pertama untuk World Tour ini. Tidak ketinggalan, Malaysia turut menjadi salah sebuah destinasi antara 15 negara yang bakal mereka kunjung. Tiket masuk ke World Tour di Malaysia yang bakal diadakan pada 24 & 25 Julai ini dikatakan sudah pun 80% habis terjual sekitar Mei lalu. Admin pun turut tidak sabar menantikan kedatangan mereka di Malaysia yang hanya berbaki 10 hari sahaja lagi!

0 comments:

Post a Comment